Pastikan pengundi keluar Sabtu ini, BN Melaka sedia kenderaan khas

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANJUNG BIDARA 16 November – Barisan Nasional (BN) Melaka memastikan pengangkutan disediakan bagi memastikan pengundi di negeri Melaka menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata langkah itu bagi membantu memudahkan proses pengundian pada Sabtu ini berada dalam keadaan baik dan teratur.

Katanya, pihaknya akan memastikan pengundi putih keluar menunaikan tanggungjawab seawal yang boleh supaya dapat mengenal pasti kedudukan parti itu lebih awal.

“Kemudian, kita ada berbaki 4 jam selepas itu untuk kita kenal pasti antara pengundi yang belum keluar tunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Sudah pasti gerak kerja terancang akan membuahkan hasil yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup One-Off Kepada Nelayan Negeri di Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Pengarah Perikanan Negeri, Mohd Fauzi Salehon.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata antara pecutan terakhir dilakukan jentera pilihan raya BN negeri adalah memastikan pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka.

“Di Masjid Tanah, kita ada 16,000 pengundi muda, sudah pastinya mengikut arus masa untuk mereka menjurus ke arah pengundi.

“Yang pastinya UMNO telah pun mengatur langkah untuk membantu memperkenalkan tanggungjawab terhadap undian mereka yang akan memakmurkan negara, jadi sebahagian besarnya telah datang kepada kita dan kita telah memberikan bantuan dan juga bimbingan supaya undi mereka tidak menjadi undi yg sia-sia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2238
Kongsi :
Previous post Mohd Ridhwan ganda gerak kerja pada pecutan terakhir
Next post Korbankan tidur demi bertemu pengundi – Roslan
Ubah saiz-+=