‘Mohd Ridhwan penyabar, rajin & suka bantu masyarakat’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PERINGGIT 18 November – “Pertama, dia (Mohd Ridhwan) seorang yang sangat penyabar, kedua sangat rajin dan ketiga suka membantu masyarakat di luar tidak mengira masa”.

Itu perkongsian isteri Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Datin Dr Nur Azieha Mohd Ali, 36, ketika ditanya mengenai keperibadian suaminya.

“Kalau di rumah memang dia jarang bercerita tentang kerja di luar, cuma dia akan kongsi sedikit mengenai masyarakat dan kesusahan rakyat.

“Biasanya sebelum keluar rumah saya akan nasihatkan supaya dia menjaga kesihatan. Itu paling utama sebab asas dia adalah untuk memimpin keluarga dahulu, jadi kesihatan perlu dijaga,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Rumah Pangsa Pantai Peringgit, di sini, hari ini.

Menurut Dr Nur Azieha rutin harian suaminya adalah lebih kepada aktiviti di luar rumah.

Katanya, pada kebiasaan Mohd Ridhwan pulang ke rumah sekitar jam dua atau tiga pagi dan selepas melelapkan mata seketika calon BN itu akan ke surau untuk solat Subuh berjemaah.

“Selesai solat Subuh suami akan pulang semula ke rumah untuk bersarapan dan sambung tugas berjumpa masyarakat sampai waktu Maghrib. Masa yang ada dihabiskan melayan anak dan makan malam sebelum keluar semula.

“Kerana banyak masa dihabiskan di luar suami akan layan akan sehabis baik. Dia pemimpin keluarga yang baik dan anak-anak sangat rapat dengan dia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2440
Kongsi :
Previous post Melaka antara negeri terkehadapan terima liputan 5G
Next post Maaf tidak dapat berjumpa semua pengundi – Qi Yao
Ubah saiz-+=