Sorting by

×

MPAG TAWAR DISKAUN 50 PERATUS TUNGGAKAN KOMPAUN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

ALOR GAJAH 2 Mei – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan diskaun 50 peratus bagi pengurangan tunggakan kompaun bersempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-22 MPAG Tahun 2025.

Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, tawaran diskaun itu diberikan pihaknya selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mei membabitkan kompaun pelbagai dan kompaun letak kereta.

“Sempena sambutan Hari Perbandaran kami di pihak MPAG menawarkan diskaun 50 peratus bagi pengurangan tunggakan kompaun membabitkan kompaun pelbagai dan kompaun letak kereta.

“Diskaun ini membabitkan kompaun bertarikh dari 2023 ke tahun sebelumnya atau kebawah.

“Selain itu ia juga tidak sah untuk kesalahan yang telah, sedang atau masih dalam tindakan mahkamah termasuk kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012,” katanya.

Whatsapp image 2025 05 02 at 14.23.39

Menurut beliau, pembayaran bagi promosi pengurangan tunggakan kompaun itu boleh dibuat di kaunter pembayaran MPAG termasuk di cawangan Pulau Sebang dan Masjid Tanah.

“Untuk mereka yang mahukan penjelasan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran diskaun ini boleh berhubung terus dengan Unit Kutipan Tunggakan di talian 06-3333333 (sambungan 1286).

“Kami amat mengalu-alukan masyarakat khususnya pelanggan MPAG untuk merebut peluang ini bagi melunaskan tunggakan dimiliki,” katanya.

Jelasnya, bersempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-22 juga, MPAG akan menganjurkan majlis bacaan yasin dan doa selamat bertempat di Masjid Umar Al-Khattab, Lendu, pada 22 Mei depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post PROMOSI JUALAN ‘KAW-KAW’ SEMPENA MELAKA BILA LARUT MALAM MEI 2025
Next post BUANG SAMPAH DI KAWASAN AWAM, PUSAT HIBURAN DIBERI NOTIS