
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN
AYER KEROH 17 Disember – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram atau tidak berlesen sepanjang laluan utama dalam kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata hasil semakan mendapati papan tanda berkenaan tidak mendapat kelulusan lesen iklan selain menghalang pandangan lalu lintas di persimpangan jalan.
“Operasi ini bertujuan untuk memastikan bahu jalan dalam kawasan MPHTJ sentiasa dalam keadaan kemas, teratur dan bebas daripada papan iklan tidak berlesen selain sudah usang hingga mencacatkan pemandangan.
“Jika didapati memasang iklan tanpa kebenaran pihak berkenaan boleh dikenakan kompaun RM250 mengikut Undang-Undang Kecil Iklan MPHTJ 2010,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, pelaksanaan operasi itu juga bertujuan memastikan persekitaran kawasan pentadbiran MPHTJ sentiasa bersih selain persediaan awal sempena Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) tahun hadapan.
“Orang ramai termasuk peniaga dinasihatkan supaya tidak sewenangnya memasang papan tanda tanpa pengesahan dan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NOURUL AUNA, PERMATA MELAKA DI BUMI ANBIYA
AYER KEROH 7 November - Nourul Auna Razali menjadi permata kebanggaan Negeri Melaka apabila meraih keputusan cemerlang dan diangkat sebagai...
PESARA TERHARU DISANTUNI ‘ORANG BESAR’
PENGKALAN BATU 7 November - Selepas 16 tahun bersara dari perkhidmatan awam, seorang pesara tidak menyangka akan menerima kunjungan dan...
‘HEBAT’ TEMUI RAKYAT SETIAP 3 BULAN
BANDARAYA MELAKA 7 November - Penganjuran program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) akan diadakan setiap...
WRUR: TITIK MULA LEMBARAN BAHARU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 7 November - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang melabuhkan tirainya...
‘HEBAT’ SIRI KEDUA: LEBIH 20 JABATAN, AGENSI TAWARKAN PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 7 November - Lebih 20 jabatan dan agensi bakal membuka kaunter perkhidmatan bersempena penganjuran siri kedua program Hari...
TUN DR. MOHD ALI RASMI SEMINAR PERADABAN DMDI
AYER KEROH 7 November – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Seminar Peradaban...

