Sorting by

×

MPHTJ GIAT LAKSANA OPERASI KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 29 Julai – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) giat melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis kediaman dan perniagaan dalam kawasan pentadbirannya yang masih gagal melunaskan cukai taksiran.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, setakat ini nilai tunggakan cukai taksiran bagi kediaman di taman-taman perumahan di bawah MPHTJ dianggarkan melebihi RM15 juta.

Katanya, jutaan ringgit lagi turut dikesan melibatkan tunggakan oleh pemilik premis perniagaan yang gagalmelunaskan cukai taksiran seperti yang ditetapkan.

“MPHTJ giat melaksanakan operasi mengutip cukai taksiran dengan memberikan peringatan kepada pemilik premis kediaman dan perniagaan yang masih ingkar.

“Cukai taksiran ini penting kerana ia digunakan untuk membiayai pelbagai perkhidmatan awam seperti kutipan sampah, penyelenggaraan longkang, pemotongan rumput, pemangkasan pokok dan pembayaran bil lampu jalan,”katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menyempurnakan gimik perasmian jualan promosi besar-besaran di sebuah kedai menjual peralatan sukan di Melaka Mall, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya menggesa penduduk taman perumahan dan pemilik premis perniagaan untuk hadir ke Pejabat Pengurusan MPHTJ bagi berbincang mengenai isu serta nilai tunggakan.

“Kita memahami ada yang mempunyai tunggakan tinggi kerana sudah lama tidak membayar, jadi kita gesa mereka ini untuk hadir dan berbincang mengenai tunggakan cukai masing-masing. Galakan membuat jadual pembayaran secara berperingkat boleh diatur, asalkan mereka membayarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

463
Kongsi :
Previous post MENGHAMPIRI TIGA DEKAD SWM ENVIRONMENT KOMITED PASTIKAN MELAKA BERSIH DAN LESTARI
Next post UPTOWN FLEA TUN TEJA MAKIN BERSINAR