Sorting by

×

‘MPHTJ RUNNING COMMUNITY’ SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 5 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memperkasa inisiatif kesihatan awam menerusi program ‘MPHTJ Running Community’ bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan aktif.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, program itu diadakan pada setiap malam minggu dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

“Inisiatif ini mendapat sambutan luar biasa sejak diperkenalkan, ia bermula dengan penyertaan aktif daripada ahli Kelab Sukan dan Kebajikan (K-HATY) MPHTJ, ahli keluarga dan kenalan dari seluruh negeri Melaka.

“Penubuhan komuniti ini merupakan langkah proaktif dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga MPHTJ dan komuniti setempat.

“Melalui sesi larian berkumpulan ini, kita bukan sahaja menggalakkan amalan kecergasan, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim antara MPHTJ dan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut sapiah berkata setiap sesi larian melibatkan purata 40 peserta yang dibahagikan mengikut tahap larian masing-masing.

“Aktiviti ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan jika sambutan ini kekal menggalakkan, kita merancang untuk memperluaskan sesi larian ini pada masa akan datang.

“Kami amat mengalu-alukan semua golongan masyarakat menyertai MPHTJ Running Community ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post PASAR TERAPUNG MELAKA BAKAL DIBUKA SEMULA JUN DEPAN
Next post PROJEK PERTANIAN, PENTERNAKAN MAIM SEMAKIN RANCAK