
MPJ TEKAD PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI DALAM KALANGAN PEGAWAI
JASIN 22 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) komited memperkukuh tadbir urus dan integriti penjawat awam menerusi penganjuran Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Anti Rasuah (MPGIA).
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kursus tersebut disertai ketua jabatan dan unit MPJ bagi memperkukuh keupayaan pengurusan dalam aspek governans, integriti serta tindakan anti rasuah.
Menurutnya, penganjuran kursus itu selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021 yang menekankan kepentingan penerapan budaya integriti dan governans baik dalam kalangan pegawai pengurusan tertinggi serta profesional.
“Program ini menjadi platform bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan tadbir urus yang baik, nilai integriti dan usaha pencegahan rasuah dalam organisasi.
“Melalui program seumpama ini, penjawat awam dapat memperkukuh budaya kerja beretika, berintegriti dan meningkatkan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas masing-masing,” katanya.
Terdahulu, Muhammad Zahiruddin merasmikan majlis penutup kursus berkenaan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HEBAT SIRI 1/2026 SELESAI 271 ADUAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) siri pertama tahun 2026...
ASNAF MAIM BERSYUKUR ADA CAHAYA SAMBUT RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 4 Februari - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila...
HIASAN KETUPAT, BUNGA MALAI SERLAH SEMANGAT PERPADUAN TAHUN BAHARU CINA DI MELAKA
MACHAP JAYA 4 Februari - Hiasan sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Permai Machap Umboo tahun ini dianggap istimewa...
FESTIVAL HELLO KOMODITI SUNGAI RAMBAI BERLANGSUNG 3 HARI 3 MALAM
SUNGAI RAMBAI 4 Februari - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Hello...
LEBIH 1,000 PILI BOMBA DI MELAKA ROSAK, VANDALISME ANTARA PUNCA
BUKIT KATIL 4 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka merekodkan sebanyak 1,122 unit pili bomba yang rosak...
MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN
JASIN 4 Februari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju...
