
MTA bantu 13 penghuni terkesan insiden kebakaran
AYER KEROH 10 Feb. – Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) menyalurkan sumbangan RM3,650 kepada 13 penghuni yang terkesan dalam insiden kebakaran di Bukit Cina baru-baru ini.
Presidennya, Madelina Kuah berkata, setiap penghuni menerima wang tunai RM200 sebagai perbelanjaan harian kerana kehilangan tempat tinggal selepas insiden itu.
“Selain wang tunai, kita juga memohon kerjasama Hospital Pantai Ayer Keroh dan Mahkota Medical Centre (MMC) menyumbangkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada mereka.
“Baki sumbangan ini akan diserahkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong selepas Tahun Baru Cina (TBC),” katanya ketika dihubungi MHI.
Madelina berkata, sumbangan itu dikumpul bersama ahli-ahli MTA selain individu perseorangan yang ingin membantu penghuni tersebut.
“Kita tak nak bagi pakaian semua, jadi kita bagi wang tunai supaya dalam masa seminggu dua ini dia dapat teruskan hidup seperti biasa.
“Walaupun industri pelancongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun jika perlu kita akan membantu golongan memerlukan mengikut kemampuan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
