
MU gagal calarkan maruah JDT
PAYA RUMPUT 10 Okt – Melaka United gagal mencalar rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 di Stadium Hang Jebat, di sini sebentar tadi.
Kekalahan itu sekali gus melengkapkan misi pasukan lawan untuk kekal sebagai juara Liga Super untuk tujuh musim berturut-turut.
Babak pertama perlawanan, asakan demi asakan dilontarkan namun pasukan lawan lebih banyak menguasai permainan sehingga menyukarkan skuad Hang Tuah menembusi benteng pertahanan JDT namun perlawanan kekal tiada jaringan.
Memasuki separuh masa kedua, JDT mendapat gol pembukaan menerusi sepakan penalti diambil Leandro Sebastian Velazquez pada minit ke-69.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terus berputih mata apabila JDT meledak gol kedua dan ketiga menerusi tendangan penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-74 dan tandukan kapten pasukan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak selang empat minit kemudian.
Pasukan lawan terus berpesta gol apabila meraih gol keempat hasil hantaran lintang Matthew Davies yang disempurnakan oleh Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-84.
Akhir minit perlawanan, Leandro sekali lagi menjadi hero pasukan apabila menjaringkan gol kelima bagi menutup aksi perlawanan.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

