
MU sah kekal di Liga Super musim depan
MELAKA 3 Okt. – Melaka United (MU) berjaya mengesahkan tempat untuk beraksi di saingan Liga Super musim depan, meski pun masih berbaki dua perlawanan.
Ia selepas pasukan di tangga ke-11 liga, Felda United, tewas 0-3 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, Felda United kendalian Mohd Nidzam Jamil, memerlukan tiga mata penuh untuk menghidupkan peluang kekal di Liga Super, sebelum aksi penutup tirai minggu depan.
Bagaimanapun, segalanya kelihatan serba tak kena buat The Fighters apabila dibolosi seawal minit ke-5 hasil jaringan penyerang import TFC, Dominique Da Silva, sebelum Shanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck menggandakan jaringan pada minit ke-37 dan 65.
Dengan kekalahan itu, Felda United kekal di tangga ke-11 Liga Super dengan mengutip tujuh mata dengan baki hanya satu perlawanan lagi.
Melaka United yang kini di tangga ke-8 liga dengan mengutip 11 mata pula masih berpeluang memperbaiki kedudukan dalam baki dua perlawanan lagi.
Isnin ini, skuad Hang Tuah bakal ditentang Kedah untuk aksi ke-10 Liga Super yang dijadual berlangsung di Stadium KLFA Cheras.
Views:
Related


Berita Lain
MAJIKAN PERLU BERI PERHATIAN ANCAMAN PSIKOSOSIAL TEMPAT KERJA
BANDARAYA MELAKA 30 Julai - Risiko psikososial di tempat kerja seperti tekanan melampau, beban tugas tidak seimbang, buli di tempat...
MAIM PELAWA UMAT ISLAM PERKASA INISIATIF WAKAF
AYER KEROH 29 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa penyertaan orang ramai khususnya umat Islam untuk menyumbang kepada...
LPM BINA BAHARU, BAIK PULIH KEDIAMAN UZUR DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 29 Julai - Sebanyak lima buah rumah dibina baharu, manakala 13 lagi dibaik pulih menerusi Program Melaka Rumahku...
MENARA TAMING SARI TERUSKAN MISI CUCI KENDERAAN AMAL
BANDA HILIR 29 Julai - Orang ramai bukan sahaja menikmati perkhidmatan mencuci kenderaan berkualiti pada harga berpatutan, malah berpeluang menyumbang...
MELAKA BUKA TIRAI JELAJAH AKAR 2026, PTPTN SEMAI BUDAYA MENABUNG
AYER KEROH 29 Julai - Melaka dipilih sebagai lokasi pembukaan Program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, inisiatif Yayasan...
REZEKI BAKAL CAHAYA MATA PERTAMA, KAKITANGAN SAMB MENANG PROTON SAGA
AYER KEROH 29 Julai - Pemenang hadiah cabutan bertuah utama Majlis Hari Keluarga Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2026 menganggap...
