Muhyiddin letak jawatan Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Beliau mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya yang disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.
Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen selain beliau gagal mendapat sokongan ahli politik melalui cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya tempoh hari.
Katanya, keputusan itu adalah selaras Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut jika seseorang Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti maka beliau perlu meletakkan jawatan bersama seluruh anggota Kabinet.
“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.
berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...

