Naib Presiden MUSA dilantik Setiausaha Agung FAM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2022.

Pelantikan Noor Azman yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) adalah bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Mohd Saifuddin Abu Bakar yang mahu menumpukan kerjayanya di peringkat antarabangsa.

Noor Azman, 55, ketika ini bertugas sebagai Koordinator Presiden FAM sejak tahun 2018 apabila Datuk Wira Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Presiden FAM.

Terdahulu Noor Azman pernah dipilih sebagai Naib Presiden MUSA pada 2012 sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung MUSA selama tiga tahun dari 2015 hingga 2018.

Pada pemilihan MUSA bagi penggal 2020-2023, Noor Azman sekali lagi telah terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden MUSA.

Selain pengalaman luas bersama MUSA dan Koordinator Presiden FAM, beliau juga pernah terlibat dengan beberapa jawatankuasa tetap FAM, antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Media FAM (2010-2013), Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM (2014-2018) serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan FAM (2018-2019).

Dalam pengurusan pasukan pula, Noor Azman pernah menjadi pengurus pasukan Liga FAM Melaka pada 2013, penolong pengurus pasukan Liga FAM Melaka pada 2014 serta penolong pengurus pasukan futsal kebangsaan dari 2014 hingga 2017.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2180
Kongsi :
Previous post Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman terima Darjah Cemerlang Seri Melaka
Next post Wartawan Melaka Hari Ini antara penerima pingat kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=