Naik taraf bulatan Lubok China pada tahun hadapan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Bulatan Lubok China dijangka dinaik taraf mulai tahun hadapan bagi mengatasi isu banjir dan pembaikan infrastruktur di kawasan itu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, usaha mengangkat permohonan itu ke Kementerian Kerja Raya (KKR) dipandang serius bagi memastikan usaha membaiki struktur bulatan itu dapat dilaksanakan sewajarnya.

“Bulatan Lubok China yang bersaiz kecil dilihat tidak relevan lagi kerana ia akan menyulitkan kenderaan terutama pada kenderaan lebar dan panjang utnuk membuat pusingan di kawasan itu.

“Kawasan yang rendah juga telah mengakibatkan banjir sering berlaku di kawasan itu malah pernah mengakibatkan dua aset jentera bomba tenggelam dua tahun lalu ketika melaksanakan kerja-kerja menyelamat.

“Kita telah angkat perkara ini kepada KKR dan sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan untuk membersarkan dan menaikkan aras bulatan Lubok China selain ia juga turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dijangka akan dijalankan pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) pada pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2708
Kongsi :
Previous post Jalan Lereh – Tangga Batu akan diturap tahun depan
Next post Sedia 2,000 AED tangani serangan jantung di tempat awam
Ubah saiz-+=