
‘Saya bukan Pengarah PRN Melaka’ – Najib
MASJID TANAH 23 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukan Pengarah Pilihan Raya (PRN) Melaka, sebaliknya hanya membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkempen habis-habisan.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN), beliau akan kerap turun ke lapangan bagi membantu Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertindak selaku pengarah pilihan raya terbabit.
βApa pun UMNO dan BN mesti bersedia dalam apa juga keadaan (dan) Pengarah Pilihan Raya UMNO adalah Datuk Seri Utama Mohamad Hassan, saya dikehendaki bantu kempen habis habisan.
“Saya akan bersama Mohamad Hassan, saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun akan turun untuk bantu kita dalam kempen itu,β katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
