Nasihat guaman percuma untuk orang awam pada 1 dan 2 Oktober ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 23 September – Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka (Malacca Bar Committee) menerusi Pusat Bantuan Guaman akan mengadakan Kempen Kesedaran Undang-Undang 2022 pada 1 dan 2 Oktober ini.

Program yang akan diadakan di Pusat Beli Belah Mahkota Parade bermula 10 pagi hingga 6 petang itu diadakan bertujuan mempromosi kesedaran mengenai undang-undang dan memaklumkan berkenaan hak-hak asasi di bawah undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka Foo Qiao Wei berkata, sepanjang kempen itu diadakan, peguam sukarelawan yang berkelayakan akan memberi nasihat guaman yang merangkumi pelbagai aspek undang-undang tanpa sebarang yuran perundingan.

Katanya, nasihat yang akan diberikan kepada orang awam merangkumi pelbagai topik seperti jenayah, sivil, keluarga, kebankrapan, pusaka kecil, syariah, kecederaan peribadi dan banyak bidang lain.

“Orang awam yang ingin mendapatkan nasihat digalakkan untuk membawa semua dokumentasi yang berkaitan semasa perundingan.

“Orang awam juga boleh mendaftar untuk Bantuan Guaman dalam program ini dan mereka digalakkan mengambil peluang ini untuk mendapatkan nasihat guaman percuma daripada peguam berkelayakan,” katanya dalam satu kenyataan.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 4.22.41 PM

Menurutnya lagi, risalah undang-undang yang berkaitan terbitan Majlis Peguam Malaysia juga akan diedarkan sepanjang program itu berlangsung.

“Untuk butiran lanjut mengenai program itu, boleh menghubungi Pejabat Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka di talian 06-2309507 atau 06-2309509.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2455
Kongsi :
Previous post PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya
Next post Ahmad Zahid lepas, bebas
Ubah saiz-+=