Nilai pelaburan Melaka enam bulan tahun ini bernilai RM3.45 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 26 Nov – Kerajaan negeri menerima nilai pelaburan berjumlah RM3.45 bilion dalam tempoh enam bulan tahun ini, lebih tinggi berbanding dua tahun lalu, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, nilai pelaburan yang diterima dalam tempoh sama pada tahun 2019 bernilai RM0.8 bilion manakala RM1.9 bilion pada tahun lalu.

“Justeru, menjadi tanggungjawab yang amat besar bagi saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang baharu untuk menyusun strategi dan pelan tindakan untuk membangunkan semula ekonomi negeri Melaka dan menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat dalam era pasca COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pengurniaan, Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penularan wabak itu secara tidak langsung memberi kesan kepada Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Berdasarkan statistik pada tahun lalu, Melaka menerima hanya 5.05 juta pelancong berbanding 18.72 juta pelancong pada tahun 2019.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Melaka pada 2020 telah menguncup 5.9 peratus, lebih tinggi daripada KDNK Malaysia yang merekodkan penguncupan sebanyak 5.6 peratus.” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

513
Kongsi :
Previous post Peruntukan geran RM210 juta untuk pembangunan Melaka tahun hadapan
Next post PRN Sarawak: DAP Sarawak umum 18 calon
Ubah saiz-+=