Peruntukan geran RM210 juta untuk pembangunan Melaka tahun hadapan

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 26 Nov – Peruntukan geran sebanyak RM210 juta yang diterima daripada Kerajaan Persekutan akan digunakan bagi pembangunan negeri yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada peruntukan kewangan negeri sebaliknya memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan Persekutuan.

Justeru katanya, beliau menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM210 juta bagi tahun 2022.

Katanya, selain itu sebanyak 171 projek pembangunan dengan kos keseluruhan bernilai RM5.534 bilion telah diluluskan untuk dilaksanakan di negeri ini.

“Projek itu melibatkan peruntukan sebanyak RM574 juta untuk dibelanjakan pada tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada Isitiadat Pengurniaan, Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan Negeri juga telah menerima sebanyak RM20 juta bagi peruntukan projek pembangunan daripada pelbagai kementerian.

“Yang mana, sebanyak 68 peratus iaitu RM13.6 juta daripada peruntukan tersebut digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek jangka pendek bagi menangani isu banjir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

954
Kongsi :
Previous post Sulaiman seru ADUN kerajaan, bukan kerajaan ganding bahu bangunkan Melaka
Next post Nilai pelaburan Melaka enam bulan tahun ini bernilai RM3.45 bilion
Ubah saiz-+=