Noraini pula letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PUTRAJAYA 6 Ogos – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Ketua Wanita UMNO hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Berikut adalah kenyataan penuh Noraini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bertarikh hari ini:

KENYATAAN yang dikeluarkan Noraini hari ini.

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas. Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua.

Sekian. Terima Kasih.
DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
6 Ogos 2021

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

794
Kongsi :
Previous post RM940 juta disalurkan kepada JKN laksana perolehan urus COVID-19
Next post Seluruh warga pengajian tinggi divaksin menjelang Oktober
Ubah saiz-+=