
ORIENTAL MELAKA STRAITS MEDICAL CENTRE DINOBAT HOSPITAL O&G TERBAIK MELAKA
KLEBANG 28 Ogos – Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) dianugerahkan sebagai Hospital Obstetrik & Ginekologi (O&G) terbaik di Melaka 2025 oleh BabyTalk Readers’ Choice Awards.
Penganugerahan itu mengiktiraf kecemerlangan hospital tersebut dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak.
Anugerah itu juga mencerminkan komitmen OMSMC dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra keluarga untuk setiap peringkat kehamilan.
Direka khusus untuk kemudahan ibu mengandung, hospital berkenaan menawarkan petak letak kereta khas, tandas yang lengkap serta bilik penyusuan peribadi untuk keselesaan tambahan.
Perkhidmatan O&G di OMSMC diketuai oleh dua Pakar Obstetrik & Ginekologi sepenuh masa, selain turut disokong oleh seorang Pakar Perubatan Ibu-Fetus sambilan untuk kehamilan berisiko tinggi dan masalah janin.
Ibu bapa turut mendapat manfaat daripada kepakaran tiga Pakar Pediatrik sepenuh masa dan seorang Pakar Pediatrik Kardiologi sambilan, memastikan penjagaan kualiti untuk ibu dan anak secara berterusan.
Hospital tersebut memiliki bilik bersalin yang luas, terletak berhampiran wad bersalin serta ‘nursery’ untuk memastikan privasi dan keselesaan ibu, selain turut dilengkapi sistem pemantauan Cardiotocography (CTG) yang membolehkan pasukan hospital memantau keadaan ibu dan bayi secara masa nyata.
OMSMC juga menganjurkan kelas antenatal sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk berkongsi panduan tentang kehamilan, proses kelahiran, pemakanan, dan penjagaan bayi baru lahir.

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC Lee Soon Teck menyifatkan anugerah itu sebagai bukti dedikasi dan komitmen berterusan hospital itu terhadap kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi
“Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini dan akan terus meningkatkan tahap penjagaan kesihatan wanita dan seluruh rakyat di Melaka,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.orientalmedical.com.my atau ikuti OMSMCMelaka di platform media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.