
PAK LAN SELAMAT DISEMADIKAN
LENDU 7 Februari – Jenazah pelakon veteran, Roslan Saleh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, di sini hari ini.
Perjalanan akhir pelakon yang dikenali Pak Lan itu diiringi 200 orang terdiri keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk dimandi, dikafankan dan disolatkan kira-kira jam 2 petang selepas usai solat Jumaat.
Roslan, 69, menghembuskan nafas terakhir ketika tidur di kediamannya di Masjid Tanah kira-kira jam 7 pagi akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit.
Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.
Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan merosot akibat penyakit diabetes kronik yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.
Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, Roslan pernah membintangi pelbagai drama dan filem popular, antaranya Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan.
Dia bagaimanapun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas menghidap pelbagai jenis penyakit dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan keluarga dengan mengusahakan Daging Dendeng Pak Lan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘AYAH SAYA TAK CEMERLANG’, LUAHAN ANAK CETUS USAHA HAMEED RAI MURID PENDIDIKAN KHAS
AYER LIMAU 11 September - "Ayah, saya tak cemerlang." Itu luahan ringkas anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
PRN MELAKA: WAKTUNYA TAK BERAPA PANJANG, TAK BERAPA PENDEK
KUALA LUMPUR 11 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberikan bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka...
SOKONGAN MAIM, TAPEM PERKUAT LANGKAH ANAK MELAKA DI MESIR
PENGKALAN BATU 11 September - Keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka...
BUDAYA KERJA M.E.L.A.K.A PACU PENJAWAT AWAM LEBIH CEKAP, RESPONSIF
SERI NEGERI 11 September - Budaya kerja berteraskan nilai M.E.L.A.K.A atau Mesra, Empati, Laju, Akal, Kerjasama dan keupayaan menyesuaikan diri...
MCDU BAKAL TANGANI ‘PROJEK SAKIT’ DI MELAKA – SUK
SERI NEGERI 11 September - Kerajaan Negeri bakal menubuhkan unit khas Melaka Coordination and Delivery Unit (MCDU) hujung bulan ini...
MELAKA CADANG TUBUH MCDU PANTAU PELAKSANAAN SEMUA PROJEK, INISIATIF
SERI NEGERI 11 September - Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan Melaka Coordination and Delivery Unit (MCDU) sebagai mekanisme baharu bagi memastikan...

