Pakej ke Taman Laut serendah RM60 seorang

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERKAM 7 Februari – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka menawarkan empat pakej ke Taman Laut pada harga serendah RM60 seorang bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi MATTA Melaka, Goh Hock Gin berkata pakej tersebut adalah bergantung kepada permintaan pengunjung, lengkap dengan tentatif perjalanan pergi dan pulang.

Menurut beliau, pihaknya akan mengemaskini laman web MATTA Melaka beserta senarai 20 ejen berdaftar dan operator bot yang akan menguruskan perjalanan pelancongan ke Taman Laut.

Whatsapp Image 2024 02 06 At 3.45.40 Pm
GOH Hock Gin.

“Empat pakej disediakan termasuk bayaran bot adalah seperti berikut, pakej pertama-‘island hoping’; pakej kedua- snorkeling; pakej ketiga-‘island hoping’ dan snorkeling manakala pakej keempat-selam skuba. Harga pakej adalah serendah RM60 hingga RM100 setiap kepala, ini termasuk bayaran tiket masuk Taman Laut, minuman dan makanan ringan.

“Kesemua pakej ini hanya ke Taman Laut dan tidak merangkumi penginapan. Namun MATTA akan sertakan pakej menarik termasuk bermalam sekiranya perlu di laman web kami selewat-lewatnya 9 Februari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Fam Trip Trip Bersama Ejen Pelancongan dan Pihak Berkepentingan Taman Laut Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan di Dewan Perbincangan Medan Selera Pantai Siring, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hock Gin turut memaklumkan penggiat industri pelancongan dibawahnya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk mengangkat pulau-pulau di negeri ini sebagai lokasi pelancongan.

“Apabila kita pergi membuat promosi produk pelancongan Melaka ke negeri lain atau luar negara, ramai yang teruja mengenai produk baharu pelancongan ini.

“Kita harapkan lebih ramai pengunjung dapat menikmati keindahan Taman Laut pada masa akan datang dengan penyelarasan yang lebih baik dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7307
Kongsi :
Previous post ‘Dah boleh bina rumah atas tanah sendiri’
Next post Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan di Temerloh
Ubah saiz-+=