Pasang CCTV, jalin kerjasama dengan pegawai perhubungan masjid PDRM bendung jenayah

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 17 Mac – Polis Melaka menyarankan Jawatankuasa Masjid memainkan peranan aktif bagi mencegah kes pecah tabung masjid selain mencadangkan beberapa tindakan bagi menangani jenayah itu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli berkata, antara cadangan yang wajar dipertimbangkan jawatankuasa itu termasuk memastikan wang tabung masjid dikosongkan setiap hari bagi membendung kes kecurian.

Katanya, kesemua 212 masjid di negeri ini juga disaran memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi pemantauan secara berterusan menangani kegiatan jenayah itu.

Sharul Lalli (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada jawatankuasa masjid pada Taklimat Keselamatan dan Perlaksanaan Inisiatif Satu Masjid Satu Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

“Pemasangan CCTV juga adalah satu elemen pencegahan jenayah yang dapat membantu siasatan pihak polis mengenal pasti individu terlibat selain boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Bagaimanapun, cara pemasangan juga perlu mendapatkan pandangan polis supaya lokasi pemasangan CCTV diletakkan di tempat strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Taklimat Taklimat Keselamatan dan Perlaksanaan Inisiatif Satu Masjid Satu Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin.

Mengulas lanjut, beliau berkata jawatankuasa masjid juga digalakkan untuk menjadi ahli Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Safecam Partnership’.

“Menerusi inisiatif ini pihak Polis Diraja Malaysia dan masjid bekerjasama untuk melaksanakan kajian serta menyediakan cadangan terbaik bagi penggunaan CCTV sebagai kaedah pencegahan jenayah di rumah ibadah.

“Kita juga sarankan kepada Jawatankuasa Kariah Masjid untuk mempertingkatkan kerjasama dengan Pegawai Perhubungan Masjid bagi menganjurkan pelbagai program pencegahan jenayah termasuk kempen kesedaran, sesi dialog, taklimat dan pameran melibatkan ahli kariah dan komuniti setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

859
Kongsi :
Previous post Lima lelaki ditahan iring perarakan pengebumian rakan dengan mercun dan logo kongsi gelap
Next post Polis Melaka hanya jalankan tugas
Ubah saiz-+=