Pastikan pembangunan Laman Belia tidak cemari Sungai Kesang

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Kerajaan negeri akan memastikan tiada pencemaran air berlaku susulan pembangunan yang bakal dilaksanakan di Sungai Kesang.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengambil kira garis panduan yang diletakkan oleh Badan Kawalan Belia Air (BKSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Dalam hal ini kerajaan sentiasa meletakkan garis panduan yang sudah ditetapkan bagi memastikan sumber air kita ini sentiasa terkawal dengan kualiti.

“Malah syarat-syarat ketat digunakan bagi memastikan tidak ada pelepasan bahan kimia dan sisa buangan tidak terawat dalam memastikan semua standard piawaian kualiti air di Standrd A,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) mengenai kebimbangan pembinaan kawasan reakrasi Laman Belia akan menjejaskan kualiti air Sungai Kesang di Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Jailani berkata, naik taraf Laman Belia, Sungai Kesang sebagai Pusat Pelancongan di Gerbang Selatan disenaraikan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam permohonan projek RP2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Cadangan pembangunan serta kemudahan awam di Kota Budaya, Sungai Rambai dengan kos berjumlah RM4,895,000 dengan komponen pembinaan termasuk pembinaan replika kapal Mendam Berahi, dataran, menaik taraf pencahayaan dan lampu hiasan, laluan pejalan kaki serta landskap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1488
Kongsi :
Previous post Surau, dewan terbuka untuk SK Jeram
Next post Ujian saringan DASS bagi guru bersara awal – Dr Muhamad Akmal
Ubah saiz-+=