Pasukan MHPSS digerakkan atasi isu tekanan mental mangsa banjir di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

GADEK 28 Oktober – Isu kesihatan mental turut diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan dan tekanan dihadapi mangsa banjir di negeri ini berada pada tahap yang stabil.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, lantaran itu pihaknya menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menggerakkan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial (MHPSS) di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Melaka.

“Disamping memfokuskan isu kesihatan mangsa kita juga tetap memberi sokongan dari sudut kesihatan mental kepada mangsa banjir di setiap PPS agar mereka terus diberikan sokongan sosial.

“Ketika musim yang berlaku ini mereka berkemungkinan kehilangan motivasi sehingga menimbulkan keresahan dan kegusaran kepada situasi yang dihadapi merekan dan lebih penting tindakan awal ini dapat menolong mereka cara menguruskan emosi dengan baik terutama mereka yang mengalami kerosakan serta kerugian harta benda.

“MHPSS membabitkan seorang doktor dan dua pembantu itu ditugaskan memantau dan datang ke setiap PPS dua kali sehari berbanding sebelum ini ditetapkan sehari sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatannya di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan, di sini hari ini.

photo_2022-10-28_12-42-28 (2)
Mangsa banjir mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, insiden banjir yang berlaku di sekitar komuniti itu menempatkan seramai 104 mangsa membabitkan 24 keluarga di PPS terbabit.

Kesemua penduduk yang ditempatkan merupakan dari dua kawasan perkampungan iaitu membabitkan penduduk di Jalan Keretapi Lama dan Kampung Pengkalan

Setakat jam 9 pagi tadi seramai 16 orang mangsa membabitkan empat keluarga telah pulang ke rumah masing-masing selepas beberapa kawasan terjejas mulai surut sejak awal pagi tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1600
Kongsi :
Previous post Peka penyakit kencing tikus ketika banjir – Dr Akmal
Next post 70,000 pegawai, anggota pelbagai agensi ditugaskan hadapi banjir – Hamzah
Ubah saiz-+=