Patuh SOP, turun kadar pengangguran Melaka
AYER KEROH 10 Ogos – Kepatuhan rakyat Melaka terhadap prosedur operasi standard (SOP) mampu mengekalkan kadar pengangguran terendah sebanyak 1.1 peratus di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, Melaka merupakan negeri terendah dalam kadar pengangguran setakat ini walaupun dalam pandemik Covid-19.
“Saya yakin kalau rakyat Negeri Melaka dapat patuhi segala garis panduan SOP dan kekal sebagai negeri hijau, aktiviti-aktiviti domestik juga akan berjalan seperti biasa.
“Ini boleh memangkin ekonomi Negeri Melaka, saya mohon semua rakyat Melaka sentiasa patuhi dan kalau kita dapat patuhi mungkin kadar pengangguran ini akan turun lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Negeri Melaka.
Tambahnya, Jabatan Perangkaan juga merekodkan Melaka merupakan tujuh negeri terbaik yang menerajui pendapatan penengah sebanyak RM6,054.
“Kerajaan juga sedang berusaha mewujudkan satu koridor ekonomi baharu, pelaburan berimpak tinggi sebagai mercu tanda baharu ekonomi negeri yang bakal dinamakan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ),” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...
W.R.U.R: LALUAN BAHARU PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 14 Januari - Satu peta laluan baharu sedang dimohon Kerajaan Negeri kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi...
ANAK MUDA TERUJA INISIATIF W.R.U.R
KUALA LINGGI 14 Januari - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025 nyata memberi impak kepada...
5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
KUALA LINGGI 14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu....
NAIK TARAF STADIUM HOKI BUKIT SERINDIT BERMULA JULAI
DUYONG 14 Januari - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bakal dinaik taraf membabitkan kos RM5 juta....
MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Inisiatif Kerajaan Negeri yang akan meneruskan kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada...