Tiada disiplin, gagal patuhi SOP punca Covid-19 lebih pantas merebak
AYER KEROH 10 Ogos – Tiada lagi cara lain, hanya tingkah laku diri yang disiplin menjadi kunci mengekang penularan wabak Covid-19.
Tegas Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali, perkara itu wajar menjadi keutamaan rakyat Melaka terutamanya para penjawat awam di bawah agensi masing-masing untuk sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Mendepani wabak yang sangat bahaya ini mengajak kita berfikir tanpa disiplin diri dan mematuhi SOP mengakibatkan penularannya semakin cepat merebak.
“Norma baharu ini mendidik masyarakat supaya sabar dan patuh kepada arahan. Jikalau ia terus dibudayakan, maka ia menjadi jawapan terbaik kepada pencegahan COVID-19.
“Sekiranya amalan SOP ini dapat dipatuhi dengan penuh berdisiplin, kita bakal membentuk sikap baharu yakni masyarakat mudah patuh kepada peraturan yang menjadi kunci utama kepada disiplin selepas berakhirnya wabak ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.
Hadir barisan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri.
Views:
Related
Berita Lain
W.R.U.R: LALUAN BAHARU PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 14 Januari - Satu peta laluan baharu sedang dimohon Kerajaan Negeri kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi...
ANAK MUDA TERUJA INISIATIF W.R.U.R
KUALA LINGGI 14 Januari - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025 nyata memberi impak kepada...
5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
KUALA LINGGI 14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu....
NAIK TARAF STADIUM HOKI BUKIT SERINDIT BERMULA JULAI
DUYONG 14 Januari - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bakal dinaik taraf membabitkan kos RM5 juta....
MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Inisiatif Kerajaan Negeri yang akan meneruskan kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada...
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...