Pegawai SPRM pikul tanggungjawab besar kembalikan kepercayaan orang ramai

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PUTRAJAYA, 24 Mei – Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab besar untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadapnya, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Raus Sharif.

Beliau berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kini mempunyai tugas yang amat besar, dan mengaku, ia tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

“Kita telah beri amanah kepada SPRM untuk memimpin dalam usaha memerangi rasuah, dan selaras dengan kepercayaan yang diberikan, semestinya mereka menjunjung amanah itu, mereka perlu menjadi pihak yang integritinya tidak boleh dipersoalkan dan tidak boleh dicurigai,” katanya semasa berucap di majlis makan tengah hari di Forum Pencegahan Rasuah Malaysia ke-3 disini hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan SPRM sebagai sebuah badan bebas, adalah penting bagi mereka bertindak secara bebas dan adil tanpa pengaruh yang tidak wajar daripada sesiapa, dan tidak menghakis kebebasannya.

“Pegawai SPRM mesti menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan yang paling penting mesti bebas daripada campur tangan politik,” tambahnya.

Mohamed Raus berkata ini adalah perlu kerana sejak empat tahun lepas telah menimbulkan keraguan terhadap kebebasan dan kesaksamaan SPRM berikutan pelantikan ahli politik aktif sebagai ketua suruhanjaya itu.

Katanya pelantikan itu membawa kepada persepsi meluas bahawa apa sahaja tindakan yang diambil atau dilakukan dalam tempoh itu adalah bermotifkan politik, dan terdapat juga dakwaan penarikan balik pertuduhan yang tidak wajar.

“Selain itu isu integriti beberapa pegawai SPRM sula timbul,” katanya.

Beliau berkata kedudukan Malaysia terus merudum dalam tinjauan persepsi global mengenai rasuah perlu menjadi satu amaran yang harus diambil iktibar, terutama bagi SPRM.

Kedudukan Malaysia merosot dalam persepsi itu, jatuh daripada tempat ke-57 pada tahun 2020, kepada tempat ke-62 pada tahun 2021.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1388
Kongsi :
Previous post Persatuan Bola Sepak PDRM ada masalah kewangan, YAB dahulukan RM1.3 juta – Ahmad Zahid
Next post Tanam 200,000 pokok sepanjang tahun
Ubah saiz-+=