Tanam 200,000 pokok sepanjang tahun

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 24 Mei – Sebanyak 200,000 pokok akan ditanam di Melaka sepanjang tahun ini sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Norliza Mat berkata, usaha itu selaras dengan Program Penghijauan Malaysia yang digerakkan sempena kempen menanam 100 juta pokok.

Menurutnya, setakat Mac lalu, sekitar 66,000 pokok pelbagai spesies antaranya Merbau, Merawan dan Meranti sudah ditanam.

“Jumlah itu berdasarkan pendaftran program anjuran pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan.

“Antara agensi yang terlibat menjayakan kempen ini seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), badan korporat dan pelajar institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

“Selepas ini, kita akan terus bekerjasama dengan badan-badan korporat dan pelajar sekolah bagi memastikan sasaran kempen dapat dicapai dengan jayanya,” katanya.

EDWIN menyempurnakan penanaman anak pokok spesies Merbau sambil diperhatikan oleh Norliza sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di Hutan Botanikal di sini.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada majlis Penanaman Pokok Kumpulan Hatten dan Eton House yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Hatten Worldwide, Datuk Edwin Tan, di Taman Botanikal dekat sini, semalam.

Seramai 23 kanak-kanak Eton House terlibat menjayakan penanaman 100 anak pokok spesies Merbau, Merawan.

Norliza berkata, penananaman semula pokok di Hutan Botanikal bertujuan memulih dan menghijaukan semula kawasan itu yang sejak kebelakangan ini dilanda ribut.

“Jika kita lihat keadaan hutan di sini tidak lagi seperti 10 tahun lalu, keadaan sekarang semakin ‘terang’. Banyak pokok musnah disebabkan ribut.

“Jadi, kita harap dengan penanaman semula ia dapat memulihkan Hutan Botanikal seperti sebelum ini,” ujarnya.

Katanya, pemilihan anak pokok spesies Merbau selain Pokok Kebangsaan, ianya sinonim dengan nama Melaka Teak, manakala spesies Merawan boleh tumbuh dengan cepat manakala Meranti terkenal dengan kualiti kayu keras.

Terdahulu, Edwin beserta isteri dan anak perempuan mereka, Samaya Tan turut menyertai aktiviti penanaman pokok sempena kempen itu bersama kakitangan, guru dan ibu bapa bagi menjayakan program tersebut.

Habis

1. Edwin menyempurnakan penanaman anak pokok spesies Merbau sambil diperhatikan oleh Norliza sempena Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di Hutan Botanikal di sini.

2. Samaya Tan menanam anak pokok sambil dibantu Edwin sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

3. Edwin dan keluarganya tidak ketinggalan menyertai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Taman Botanikal.

4. Edwin

5. Norliza

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1455
Kongsi :
Previous post Pegawai SPRM pikul tanggungjawab besar kembalikan kepercayaan orang ramai
Next post 4,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Taboh Naning
Ubah saiz-+=