Pekerja asing cetus Kluster Industri Serkam 2

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 26 Jun – Kluster Industri Serkam 2 menjadi kluster terbaharu berkaitan kilang di Melaka hari ini membabitkan 32 pekerja warga asing.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kluster itu tercetus daripada pekerja lelaki bukan warganegara berusia 34 tahun yang dikesan bergejala pada 23 Jun lalu.

Jangkitan itu kemudiannya merebak kepada pekerja dan kontak rapat lain sehingga telah merekodkan 40 kes positif COVID-19 setakat ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Datuk Rahmad Mariman dalam satu kenyataan berkata, seramai 122 kontak rapat kes berkenaan telah disaring dengan 40 dikesan positif, 53 negatif dan 30 lagi masih menunggu keputusan.

Jelasnya, daripada 40 kes positif, 32 melibatkan bukan warganegara dan lapan lagi merupakan warganegara termasuk keluarga.

Beliau turut memaklumkan kes positif harian di Melaka pada hari ini turut melonjak kepada 355 kes yang majoritinya disumbangkan daripada Kluster Tembok Sungai Udang 2 membabitkan tahanan penjara dengan 155 kes dan bakinya disumbangkan kluster-kluster sedia ada dan kes import B (luar Melaka).

“Terdapat tiga kematian direkodkan hari ini membabitkan dua lelaki berusia 56 dan 72 tahun di mukim Bandar Melaka dan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun dari mukim Bukit Baru.

“Sehingga kini 1,994 kes masih dirawat dengan 80 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

349
Kongsi :
Previous post Kilang dan premis ditutup amalan biasa – Rahmad
Next post Moratorium, i-Sinar akan diumum dalam masa terdekat – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=