Sorting by

×

PELABURAN BERIMPAK TINGGI PERKASA MASA DEPAN ANAK MUDA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

RIM 28 Jun – Melaka memperuntukkan hampir RM70 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, memperkasa fasiliti sukan serta inisiatif lain demi kesejahteraan generasi muda di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, komitmen terhadap pembangunan belia tidak akan terhenti di situ, sebaliknya terus diperkukuh menerusi usaha membawa masuk lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke negeri ini.

“Melaka berjaya merekodkan nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri iaitu RM14.68 bilion pada tahun lalu, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan, latihan dan pembangunan kemahiran kepada anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Belia@Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2026 di Stadium Jasin, di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri meragkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara Dr. Zainah Shariff dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Zailani Siran.

Ab Rauf berkata, pelaburan yang dibawa masuk bukan sekadar melibatkan nilai kewangan, sebaliknya menjadi pemangkin kepada penyediaan peluang pekerjaan, latihan peningkatan kemahiran dan pembinaan kerjaya untuk anak muda di negeri ini.

Katanya, atas faktor itu Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.

“Kita mahu lebih ramai anak muda menguasai kemahiran masa hadapan, memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi dan merebut peluang yang sedang dibawa masuk ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post BELIA PERLU PERKUKUH POTENSI DIRI SEBELUM USIA 30 TAHUN