
Pelajar jatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah di Petra Jaya
KUCHING, 20 Jan. – Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya di sini, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya dalam kejadian pagi tadi, sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Ketua Polis daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 7 pagi tadi mengenai insiden yang menimpa pelajar tingkatan lima itu.
“Mangsa juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.
“Setakat ini, kes masih dalam siasatan polis dan kecederaan sebenar mangsa yang merupakan pelajar aliran sains itu masih belum diketahui dan kami masih menunggu laporan penuh doktor,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
ORANG ASLI MACHAP JAYA UBAH ‘BAHAN RIMBA’ JADI PERMATA
MACHAP JAYA 26 Mei - Di Kampung Orang Asli Bukit Besar yang dikelilingi pokok hutan dan jauh daripada pembangunan, kisah...
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR ANJING LINTAS JALAN
LENDU 26 Mei - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Masjid Tanah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di...
PERKASA PENIAGA KECIL, PACU EKONOMI MELAKA
PAYA RUMPUT 26 Mei - Memperkasakan peniaga kecil terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Melaka kekal...
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
