
Pelajar maut motosikal dilanggar dua kereta
BUTTERWORTH, 15 Mei – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata dalam kemalangan pada 2.35 pagi itu mangsa yang berusia 16 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta ketika dia mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.
“Kejadian itu menyebabkan remaja lelaki itu terjatuh ke atas jalan sebelum mangsa dilanggar dua buah kereta yang datang dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya siasatan mendapati remaja yang bersekolah di sebuah sekolah di Seberang Jaya itu tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggangnya adalah milik bapanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK MELAKA JANGAN HANYA KEJAR A, PERLU SEDIA HADAPI ERA AI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 13 September - Anak-anak Melaka tidak boleh hanya dipersiapkan untuk mengejar kecemerlangan akademik, sebaliknya perlu dibekalkan keupayaan berfikir,...
KEMISKINAN BUKAN NOKTAH, ANAK ASNAF MAMPU UBAH NASIB – KM
TANJUNG BIDARA 13 September - Kemiskinan bukan noktah kehidupan apabila anak-anak daripada keluarga asnaf terus diberi peluang mendapatkan pendidikan dan...
PELABURAN RM163,690 UNTUK MASA DEPAN ANAK ASNAF MELAKA
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebanyak RM163,690 diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyediakan pelbagai bentuk...
USAHA BANTU PENERIMA KEBAJIKAN DIPERTINGKAT – HAMEED
AYER LIMAU 13 September - Jumlah penerima kebajikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau meningkat kepada lebih 800 orang...
WRUR AYER LIMAU; 36 ADUAN SELESAI, 61 LAGI DALAM TINDAKAN
AYER LIMAU 13 September - Sebanyak 36 daripada 97 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
AZAM TOK HAMEED PASTIKAN ANAK AYER LIMAU TIDAK KECICIRAN DALAM PENDIDIKAN
AYER LIMAU 13 September - Keinginan melihat anak-anak mendapat pendidikan lebih baik menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer...
