Masalah rekahan jalan di Ramuan China Kechil berjaya diselesaikan
AYER LIMAU 15 Mei – Rekahan permukaan jalan yang berpunca daripada hakisan pada pembetung rosak di Jalan Ramuan China Kechil, Lubok China telah selesai dibaiki.
Ia selepas masalah itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Hameed berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima satu laporan berhubung permasalahan terbabit, lalu mengambil tindakan segera dan berjaya diselesaikan menjelang Aidilfitri lalu.
Jelasnya, biarpun satu aduan diterima, tiga lokasi di kawasan berhampiran yang mengalami permasalahan sama telah diselesaikan.
“Tindakan ini telah diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi menyelesaikannya malah mendapati terdapat tambahan projek telah dijalankan bagi membaiki kerosakan yang sama.
“Kerja kerja kecemasan pembaikan pembetungan dan lain-lain pembaikan berkaitan telah berjaya disiapkan dengan menelan kos sebanyak RM20,000,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu Melaka Hari Ini melaporkan mengenai masalah rekahan jalan yang berlaku di kawasan berkenaan.
Masalah itu disedari ketika Hameed bersama rombongan ketika melalui jalan berkenaan selepas selesai program ziarah kasih di Taman Datuk Setia dan Kampung Ramuan China Kechil, Februari lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JARINGAN JALAN BAHARU PERSIARAN KOTA SYAHBANDAR – KLEBANG
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Parkland Group bakal melaksanakan pembinaan jaringan jalan baharu menghubungkan Jalan Persiaran Kota Syahbandar ke Klebang....
PASAR RAYA MENGHADAP LAUT, BAKAL JADI TARIKAN BAHARU MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Rakyat Melaka bakal mempunyai lokasi baharu untuk bersantai dengan pembinaan sebuah pusat beli-belah menawarkan pemandangan menghadap...
PEMBANGUNAN HARTANAH TARIK MINAT PELABUR KE MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha dan komitmen Parkland Group dalam bidang pembangunan unit kediaman serta...
HARI INOVASI MELAKA 2025 SASAR 500 PENYERTAAN
AYER KEROH 5 Disember - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 akan diteruskan pada skala yang lebih besar dengan menyasarkan...
MUZIUM BOMBA AKAN DIBINA DI MELAKA
REMBIA 5 Disember - Kerajaan Melaka berhasrat untuk membina Muzium Bomba sebagai rujukan buat masyarakat terutamanya generasi muda mengenai peranan...
60 PEMPENGARUH ASIA PROMOSI PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 5 Disember - Seramai 60 pempengaruh dari sembilan buah negara Asia memilih Melaka sebagai destinasi untuk mempromosikan sektor...