
Pelajar, pensyarah kolej komuniti hasilkan kerusi penyelamat pantai
AYER KEROH 28 Jan – Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Melaka menghasilkan kerusi penyelamat yang boleh digunakan bagi memantau sebarang insiden kecemasan di pantai-pantai peranginan negeri ini.
Pengerusi PISPA Kolej Komuniti Melaka Lt Kol Bersekutu (PA) Muhammad Sani Che Idris berkata, kerusi penyelamat itu merupakan hasil cetusan idea kolej komuniti berkenaan dan seterusnya disiapkan hasil kepakaran pelajar dan pensyarah.
Katanya, sebanyak tiga unit kerusi penyelamat pantai telah dihasilkan dan kesemuanya diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
“Penyerahan kerusi ini merupakan simbolik kerjasama terus-menerus serta kebersamaan PISPA Kolej Komuniti Melaka dengan APM Melaka.
“Diharap kerusi penyelamat pantai yang telah dihasilkan dapat memberi manfaat kepada orang ramai khususnya pengunjung pantai di Melaka sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan,” katanya.
Simbolik penyerahan kerusi penyelamat itu telah disampaikan kepada Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam satu majlis di Pejabat APM Melaka semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN
BANDA HILIR 12 September - Hasil penyelidikan dan penemuan akademik perlu diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan...
MBMB TEGAS SOAL KEBERSIHAN, TUJUH PREMIS TERIMA NOTIS
AYER KEROH 12 September - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan tujuh Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai RM4,000 kepada pengusaha...

