Pelajar tahfiz SMTAQ Al-Abqari cemerlang SPM 2020

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

SEKITAR KEPUTUSAN SPM 2020

 

AYER KEROH 10 Jun – Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ) Al-Abqari, Tanjung Bidara turut melakar kecemerlangan apabila seorang pelajarnya, Muhammad Basyir Rosli meraih keputusan 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat kepada Melaka Hari Ini.

Selain Muhamad Basyir, dua lagi pelajarnya, Muhammad Harith Syakir Lukman dan Nur Iqbal Hasif Noor Hisham turut mengukir nama dalam senarai cemerlang apabila meraih keputusan 7A dan 5A.

Che Sukri berkata, sekolah milik JAIM itu turut menunjukkan peningkatan gred purata sekolah dalam tempoh tiga tahun iaitu 4.34 berbanding 5.34 pada 2019 dan 5.19 (2018).

“Yang paling penting, kesemua 20 calon SPM 2020 di sekolah ini layak dianugerahkan sijil SPM berdasarkan syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Peratusan pelajar lulus semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 85.71 peratus berbanding 70.37 peratus tahun lalu dan 45.45 peratus pada 2018,” katanya.

Pada sama sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dari tahun ke tahun.

“Saya mewakili JAIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua calon SPM 2020 dari SMTAQ yang memperoleh keputusan cemerlang.

“Tidak dilupa jasa dan keringat guru yang banyak membantu anak murid untuk mencapai tahap seperti ini.

“Semoga keputusan yang membanggakan ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk mengorak langkah yang lebih cemerlang di masa akan datang,” katanya lagi.

UCAPAN tahniah daripada Pengarah JAIM kepada pelajar dan guru SMTAQ Al-Abqari yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2020.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2722
Kongsi :
Previous post Neelofa sumbang 15 katil kepada pesakit COVID-19 di Hospital Melaka
Next post Pakai pakaian sesuai, bantu lancarkan pemberian vaksin
Ubah saiz-+=