Neelofa sumbang 15 katil kepada pesakit COVID-19 di Hospital Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 10 Jun – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa hari ini menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka.

Berita gembira itu dikongsikan doktor pakar perubatan kecemasan hospital berkenaan, menerusi beberapa perkongsian gambar di akaun Instagram (IG) miliknya malam ini.

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

TANGKAP layar gambar dan keterangan dibuat doktor pakar perubatan kecemasan Hospital Melaka, menerusi beberapa perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya malam ini mengenai sumbangan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka oleh selebriti negara, Neelofa.

“Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,” tulisnya dalam hantaran itu bersama sembilan keping gambar sumbangan berkenaan yang turut ‘ditagged’ kepada Neelofa.

Neelofa kemudian turut memberi respon ‘like’ pada hantaran berkenaan.

Melalui catatan doktor berkenaan, 15 katil itu telah ditempatkan di Zon Dekon (Zon Kuning) Hospital Melaka.

“Dan (ia) telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit COVID-19,” tulisnya lagi.

TANGKAP layar gambar dan keterangan dibuat doktor pakar perubatan kecemasan Hospital Melaka, menerusi beberapa perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya malam ini mengenai sumbangan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka oleh selebriti negara, Neelofa.

Doktor pakar itu kemudian turut berkongsi petikan hadis sahih merujuk kepada sumbangan dibuat artis ternama itu.

Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya.

“Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan
keperitannya pada hari Kiamat.

“Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim,” tulisnya.

Sementara itu, semakan Melaka Hari Ini (MHI) di IG Neelofa mendapati perkongsian gambar mengenai Tabung Kecemasan COVID-19 Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang bertujuan membantu pesakit virus berkenaan.

Hantaran itu menjelaskan objektif utama adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai yang ingin berinfak kepada mereka yang lebih memerlukan di saat negara sedang dilanda dengan wabak COVID-19

“Pihak PKN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas keikhlasan anda untuk membantu mereka yang dilanda ujian.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dah melindungi kita semua,” kata hantaran itu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1364
Kongsi :
Previous post 215 pelajar cemerlang SPM peroleh ‘straight A’
Next post Pelajar tahfiz SMTAQ Al-Abqari cemerlang SPM 2020
Ubah saiz-+=