
Pelakon Dwayne Johnson, keluarga pulih daripada Covid-19
MOSCOW 3 Sept – Pelakon Amerika Syarikat (AS) dan bekas ahli gusti Dwayne “The Rock” Johnson berkata beliau dan keluarganya yang disahkan positif Covid-19 kini sudah pulih, lapor agensi berita Sputnik.
“Saya, isteri, Lauren dan dua anak perempuan saya, kami semua diuji positif Covid-19,” kata Johnson pada Rabu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Beliau menekankan seluruh ahli keluarganya telah pulih daripada jangkitan Covid-19.
“Saya boleh katakan ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kita harungi sebagai sebuah keluarga,” tambah pelakon itu.
Johnson terkenal dengan peranannya dalam francais “The Scorpion King” (2002), “Doom” (2005), “Fast and Furious” dan “Jumanji”.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sehingga kini, lebih daripada 25.9 juta orang telah dijangkiti dengan virus itu di seluruh dunia, dengan lebih daripada 861,000 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
