Sorting by

×

PELANCONGAN MELAKA TARIK MINAT ORANG JEPUN

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

OSAKA, JEPUN 3 September – Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) terus melipatgandakan usaha dalam menarik kehadiran pelancong dari Jepun ke Melaka menerusi penyertaan di World Expo 2025 Osaka.

Pengurus BPP, Nasrul Ahmad berkata ekspo dunia itu menjadi kesempatan terbaik dalam merealisasikan sasaran 16.5 juta pelancong ke Melaka tahun ini, selain turut menyasarkan peningkatan pelancong dari negara matahari terbit itu.

Menurut beliau, sepanjang Minggu Melaka di Osaka, pihaknya telah memperkenalkan pelbagai produk pelancongan menarik yang ada di negeri bersejarah ini dan pada masa sama turut mengetengahkan warisan seni dan budaya Melaka antaranya adat perkahwinan Melayu, tarian kebudayaan berbilang kaum dan permainan tradisional rakyat seperti konda kondi dan dam aji.

“Kita cukup teruja apabila melihat rata-rata pengunjung khususnya warga Jepun sangat tertarik dengan warisan budaya Melaka terutamanya dam aji, di mana ada di antara mereka turut membelinya sebagai cenderamata istimewa dari Pavillion Malaysia.

“Justeru di kesempatan sepanjang ekspo ini, kita akan terus mempelbagaikan kempen promosi kepada pengunjung di Pavillion Malaysia supaya menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian lebih-lebih lagi kita bakal menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 hujung bulan ini, selain Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) dan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas seminar Melaka Global Investment Gateway – Bridging Borders, Building Futures di Business Hall, Pavillion Malaysia, hari ini.

Menurut Nasrul, sepanjang tahun lalu, Jepun berada pada kedudukan 10 teratas bilangan pelancong antarabangsa tertinggi Melaka iaitu membabitkan seramai lebih 57,000 pelancong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

427
Kongsi :
Previous post DELEGASI ‘INFLUENCERS JDT FC’ RASAI KEUNIKAN MELAKA RIVER CRUISE
Next post EKSPLORASI EKSPANSI KUKUHKAN JARINGAN KOPERASI MELAKA- TERENGGANU