Pelukan terakhir Siti Sarah…

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

SIAPA sangka pelukan terakhir kepada tiga anaknya, empat hari lalu merupakan yang terakhir daripada penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang telah dijemput Ilahi selepas beberapa hari bertarung nyawa akibat COVID-19.

Lebih menghibakan, isteri kepada pelawak, pelakon dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu itu juga tidak sempat melihat wajah bayi lelaki di dalam kandungan yang selamat dilahirkan menerusi pembedahan pada Jumaat.

Menjengah ke laman Instagramnya, hantaran terakhir Siti Sarah ialah dengan memuat naik video pelukan dan ciuman bersama anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Walaupun dipakaikan topeng oksigen, pelantun lagu Kesetiaan itu tetap tersenyum seakan membayangkan ia merupakan senyuman terakhir darinya.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis dilihat memberikan kata-kata semangat, termasuklah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Norhaliza dan ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Vida.

Namun, ternyata Allah SWT lebih menyayanginya, apabila dijemput Ilahi kira-kira jam 5.13 pagi tadi menerusi satu hantaran yang dikongsikan suaminya.

Pemergian itu nyata meninggalkan kesan besar kepada semua terutama peminat dan rakan artis yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut merakamkan takziah di atas pemergian itu.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat COVID-19,” tulisnya.

Difahamkan, setakat artikel ini ditulis, jenazah Siti Sarah Raissuddin masih berada di HUKM untuk pengurusan jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Semoga keluarga Allahyarhamah Siti Sarah tabah di atas kehilangan ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

975
Kongsi :
Previous post Siti Sarah kerap tanya keadaan di Palestin – Nadir Al-Nuri
Next post Dr Noor Hisham ucap takziah atas pemergian penyanyi Siti Sarah
Ubah saiz-+=