Pendidikan, sekolah baharu wawasan Mohd Noor Helmy

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DUYONG 26 Ogos – Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) baharu sedang dalam pembinaan berhampiran Taman Seri Duyong 2 dijangka beroperasi pada awal 2023.

Kemudahan baharu itu akan meningkatkan lagi mutu pendudukan khusus kepada pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, setakat ini kerja-kerja pembinaan sekolah berkenaan hampir siap yang mana struktur fizikal bangunan telahpun sempurna sepenuhnya.

“Nama sekolah ini kita belum putuskan lagi, tapi dijangka tahun hadapan akan mula beroperasi, selewatnya Mac 2023, kita nak selesaikan masalah penduduk kerana kebanyakkan sekolah sedia ada di DUN Duyong lokasinya agak jauh.

“Kita ada tiga SMK iaitu SMK Tun Tijah, Tinggi Perempuan Melaka dan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah yang terletak agak jauh daripada kawasan lembah Duyong ini.

“Betul-betul sekolah untuk DUN duyong belum ada lagi, jadi kita tunggu sekolah menengah yang baharu ini dibuka nanti, perkembangan fizikal bangunan tiada masalah sudah sampai tahap menyiapkan kerja-kerja akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Pejabatnya di Taman Seri Duyong 2, 23 Ogos lalu.

Katanya, dengan pembinaan sekolah baharu itu penduduk khususnya di DUN Duyong tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang lebih jauh.

“Sekarang ini anak-anak di kawasan ini terpaksa pergi sekolah di SMK Seri Kota, SMK Bukit Katil, SMK Padang Temu dan SMK Ayer Molek, jadi bila ada sekolah baharu memang kita fokuskan untuk anak-anak di kawasan berdekatan sahaja.

“Berapa ramai sekolah itu dapat menampung pelajar saya tidak pasti, tetapi khusus untuk penduduk kawasan lembah Duyong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1773
Kongsi :
Previous post Lampu solar lebih jimat kos
Next post Skuter elektrik bakal jadi mod pengangkutan baharu Banda Hilir
Ubah saiz-+=