Penduduk harap isu perparitan Kampung Man Lok segera diatasi

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LINGGI 11 November – Penduduk Kampung Man Lok, Kuala Sungai Baru, di sini, berharap kerja menaik taraf sistem keseluruhan sistep perparitan sepanjang 1.5 kilometer (km) di penempatan itu disegerakan.

Penduduk mendakwa tebing yang terhakis menyebabkan parit berkenaan semakin sempit dan tidak mampu menampung jumlah air yang tinggi khususnya pada musim tengkujuh.

Chong Kuan Chee, 64, susulan aduan dibuat kepada pihak berkenaan 200 meter dari keseluruhan 1.5 km sistem perparitan berkenaan dinaik taraf dan berharap perkara itu disegerakan.

“Parit sempit ini menjadi punca berlakunya banjir di kampung kami, masalah ini berlaku selepas taman perumahan terletak bersebelahan dibuka.

“Jika dahulu parit ini lebar tidak timbul masalah banjir, tetapi sekarang semakin sempit akibat tebing yang terhakis. Selain itu mungkin saliran daripada taman perumahan bersebelahan membawa bersama sisa seperti sampah,” katanya ketika ditemui.

Kuan Chee berkata, banjir menyebabkan pendapatan penduduk terjejas berikutan ladang kelapa sawit yang diusahakan dinaiki air terutama setiap kali berlaku fenomena air pasang besar.

Seorang lagi penduduk, Chang Seong Kow, 64, berkata, meskipun perkampungan itu jauh dari muara sungai namun kejadian air pasang menyebabkan beberapa lokasi di kebun yang diusahakan dinaiki air.

“Kalau air pasang besar berlaku kita menung sahaja, mahu ke ladang tidak boleh kerana laluan dinaiki air. Terpaksa tunggu semalaman sehingga air surut barulah boleh sambung semula kerja di ladang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1763
Kongsi :
Previous post Lima cedera, kemalangan Myvi, lori
Next post PRU15: PDRM buka 25 kertas siasatan, keluar 1,994 permit ceramah
Ubah saiz-+=