
Lima cedera, kemalangan Myvi, lori
KESIDANG 11 November – Dua mangsa patah kaki, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan lori satu tan, di persimpangan Pokok Mangga, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, pemandu dan seorang penumpang Perodua Myvi, patah kaki sementara itu dua lagi penumpang cedera di kepala manakala pemandu lori pula mengalami kecederaan ringan di kaki.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dan terdapat mangsa yang cedera.
“Semua mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40-an diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke Hospital Melaka bagi rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, tindakan lanjut pasukan bomba kemudian memastikan kedua-dua kenderaan yang terlibat selamat dan bebas daripada sebarang unsur boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
