Sorting by

×

PENDUDUK PONDOK BATANG NIKMATI KEMUDAHAN SELESA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ASAHAN 29 April – Pembinaan Taman Rekreasi Rumah Awam (RA) Pondok Batang di sini memberi manfaat kepada lebih 400 penduduk sekitar Pondok Batang dan Kampung Abbey untuk menikmati fasiliti dan infrastruktur baharu yang lebih selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pondok Batang dan Kampung Abbey Usly Abu berkata, kemudahan itu telah siap dan diserahkan pada Februari lalu oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Katanya, dengan nilaian kos pembinaan RM200,000, taman rekreasi ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Alhamdulillah kemudahan bertambah baik dan penduduk juga semakin selesa dengan pembinaan baharu Taman Rekreasi RA Pondok Batang yang mempunyai fasiliti asas termasuk taman permainan kanak-kanak serta gelanggang sepak takraw bagi menggalakkan aktiviti riadah dalam komuniti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam perkembangan lain, Usly turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan yang meluluskan pembinaan Dataran Abbey.

Jelasnya, dataran tersebut telah dibina dengan nilai RM150,000 yang dilaksanakan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Kemudahan ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan komuniti sekitar boleh menggunakan dataran tersebut untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.

“Selain itu, pembinaan kawasan lapang itu juga dilihat sebagai tanda Asahan ini semakin membangun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

208
Kongsi :
Previous post MELAKA BERI BIASISWA ANAK ORANG ASLI CEMERLANG SPM
Next post ‘INI PENTAS DEMOKRASI, NEGERI INI BUKAN KITA PUNYA’