
Penganggur didapati tidak bersalah bunuh pesara polis kerana tidak siuman
KOTA BHARU, 15 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki itu tidak siuman.
Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata berdasarkan keterangan pakar perubatan, Mohd Rozani Yahaya, 43, tidak siuman ketika kejadian pada 25 Jan 2018.
Wan Ahmad Farid memerintahkan Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
“Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana ketika kejadian tertuduh telah dibuktikan tidak siuman.
“Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletak di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia dekat Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.
Mohd Rozani didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang ketika itu berusia 69 tahun, di tepi rumah dekat Kampung Apa-Apa, Bunut Susu di Pasir Mas pada 12 tengah hari 25 Jan 2018.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala Mohd Rozani diwakili peguam Zameri Mat Nawang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’
DUYONG 12 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkukuh kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan di negeri...
MTD PROPERTIES RAI PEMILIK BAHARU RUMAH MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI DI AYER KEROH
AYER KEROH 12 Februari – MTD Properties meraikan kejayaan projek perumahan MTD Cinerea Heights dengan penyerahan kunci rumah (Vacant Possession)...
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22
BUKIT PALAH 12 Februari - Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan...
SISTEM MYASNAF JAMIN KETELUSAN BANTUAN MAKANAN BULANAN MAIM
TELOK MAS 12 Februari - Sistem MyAsnaf yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus diperkasakan bagi memudahkan golongan...
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT DAPAT SAMBUTAN HEBAT
PAYA RUMPUT 12 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput bukan sekadar aktiviti hiburan dan kemasyarakatan, sebaliknya menjadi platform penting...
