
Penganggur didapati tidak bersalah bunuh pesara polis kerana tidak siuman
KOTA BHARU, 15 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki itu tidak siuman.
Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata berdasarkan keterangan pakar perubatan, Mohd Rozani Yahaya, 43, tidak siuman ketika kejadian pada 25 Jan 2018.
Wan Ahmad Farid memerintahkan Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
“Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana ketika kejadian tertuduh telah dibuktikan tidak siuman.
“Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletak di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia dekat Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.
Mohd Rozani didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang ketika itu berusia 69 tahun, di tepi rumah dekat Kampung Apa-Apa, Bunut Susu di Pasir Mas pada 12 tengah hari 25 Jan 2018.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala Mohd Rozani diwakili peguam Zameri Mat Nawang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PORTAL DIGITAL TOK AJAK MUDAHKAN RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 20 Julai - Tidak hanya menggunakan kaedah konvensional dalam mengurus aduan rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok...
MELAKA TERUS DIYAKINI KOMUNITI PERNIAGAAN, PELABUR
AYER KEROH 20 Julai - Keyakinan komuniti perniagaan dan pelabur terhadap Melaka terus kukuh apabila negeri ini merekodkan pelaburan diluluskan...
WARGA MENARA TAMING SARI CUCI KERETA DEMI WARGA EMAS
BANDA HILIR 20 Julai - Semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial terus dipupuk warga Menara Taming Sari apabila menganjurkan Program Cuci...
REZEKI PANCING HARUAN 1.1KG, BAPA DUA ANAK BAWA PULANG RM10,000
BANDARAYA MELAKA 20 Julai - Ikan haruan seberat 1.155 kilogram (kg) membawa tuah kepada seorang pekerja kilang apabila diumumkan sebagai...
GOLF JADI PLATFORM PERKUKUH JARINGAN, TARIK PELABURAN KE MELAKA
AYER KEROH 20 Julai - Kejohanan Golf Melaka Industrial Networking 2026 bukan sekadar medan pertandingan sukan, sebaliknya menjadi platform strategik...
WRUR PANTAI KUNDOR: MAIM PROMOSI 13 PERKHIDMATAN BAITULMAL
PANTAI KUNDOR 20 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus giat mempromosikan pelbagai perkhidmatan yang disediakan berkaitan hal ehwal...
