Penganggur tergamak rogol isteri rakan dipenjara 15 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 April – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah merogol isteri rakannya yang hamil tujuh bulan Jan lalu.

Hakim Nariman Badruddin, menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul Hafiqhafizi Zakaria, 25, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zul Hafiqhafizi didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Taman Debunga, Merlimau pada jam 4.20 pagi, 21 Jan lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta hendaklah dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa sedang tidur sebelum didatangi tertuduh yang menutup muka menggunakan kain putih.

Ketika kejadian mangsa sarat hamil tujuh bulan dan tinggal seorang diri manakala suaminya sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Tertuduh dikatakan memaksa mangsa menanggalkan pakaian sambil mengacukan pisau menyebabkan wanita itu tidak mempunyai pilihan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari dalam hujahnya memohon hukuman berat dikenakan kerana kesalahan dilakukan adalah serius selain tertuduh mengenali suami mangsa dan sedia maklum lelaki terbabit sedang menjalani hukuman di penjara.

Sejurus pengakuan direkodkan, Nariman pada penghakimannya menjatuhkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh ditangkap.

TERTUDUH diiringi polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1603
Kongsi :
Previous post Mahkamah kembalikan pasport Ahmad Zahid untuk mengerjakan umrah
Next post Persekutuan Pekilang mahu peranan PEMUDAH diperkasa peringkat negeri
Ubah saiz-+=