
Pengasuh pusat jagaan didakwa aniaya kanak-kanak lima tahun
KUALA TERENGGANU, 16 Januari – Seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, Ogos tahun lepas.
Tertuduh Norafifi Muda, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Dia didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu di sebuah pusat jagaan di Bukit Besar di sini, sekitar Ogos 2022 pada pukul 6 pagi hingga 10 malam sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI ASNAF BARU LAHIR TERUS ADA SIMPANAN PENDIDIKAN RM3,000
TANJUNG BIDARA 13 September - Anak-anak daripada keluarga asnaf di Melaka kini mempunyai persediaan awal untuk pendidikan masa depan apabila...
ANAK MELAKA JANGAN HANYA KEJAR A, PERLU SEDIA HADAPI ERA AI – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 13 September - Anak-anak Melaka tidak boleh hanya dipersiapkan untuk mengejar kecemerlangan akademik, sebaliknya perlu dibekalkan keupayaan berfikir,...
KEMISKINAN BUKAN NOKTAH, ANAK ASNAF MAMPU UBAH NASIB – KM
TANJUNG BIDARA 13 September - Kemiskinan bukan noktah kehidupan apabila anak-anak daripada keluarga asnaf terus diberi peluang mendapatkan pendidikan dan...
PELABURAN RM163,690 UNTUK MASA DEPAN ANAK ASNAF MELAKA
TANJUNG BIDARA 13 September - Sebanyak RM163,690 diperuntukkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyediakan pelbagai bentuk...
USAHA BANTU PENERIMA KEBAJIKAN DIPERTINGKAT – HAMEED
AYER LIMAU 13 September - Jumlah penerima kebajikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau meningkat kepada lebih 800 orang...
WRUR AYER LIMAU; 36 ADUAN SELESAI, 61 LAGI DALAM TINDAKAN
AYER LIMAU 13 September - Sebanyak 36 daripada 97 aduan direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
