Pengundi muda janji kembalikan kerajaan BN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

Tanjung Bidara 8 Nov – Barisan Nasional (BN) yakin dapat meraih kepercayaan daripada pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana golongan itu mula menunjukkan kesedaran dan dapat menilai sumbangan pentadbiran kerajaan BN ketika mentadbir negeri.

Beliau berkata, golongan muda turut berjanji akan kembalikan kerajaan kepada BN untuk mentadbir.

“Saya lihat kesedaran terutamanya golongan muda. Saya berjumpa dengan golongan muda yang dulu mengatakan ‘datuk dulu kita tidak mengundi, sekarang ini kita sudah tahu.

“Alhamdulillah, golongan muda telah mula nampak keyakinan terhadap kerajaan pimpinan BN yang mempunyai track record,” katanya.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) BN Lendu berkata, ini kerana mereka dapat merasai petadbiran BN selama 18 bulan cukup harmoni berbanding tempoh 22 bulan kerajaan negeri Melaka ditadbir pembakang.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat Melaka agar tidak membuat kesilapan dan memilih kerajaan yang mempunyai pengalaman untuk mentadbir.

“Kali ini kita memilih kerajaan, jangan buat kesilapan lagi. Kita cari kerajaan yang mempunyai pengalaman seperti semua sedia maklum bahawa BN mempunyai pengalaman yang cukup baik, lebih 60 tahun mentadbir.

“Sepanjang tempoh itu kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni, kita dalam pelbagai kaum jadi kita kekalkan semangat perpaduan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

497
Kongsi :
Previous post Infrastruktur Kampung Tersusun Bemban akan ditambah baik
Next post Kes COVID-19 di Melaka menurun
Ubah saiz-+=