Sorting by

×

PENGURUS ESTET BAWA PULANG HADIAH LEMBU BETINA BUNTING

Masa Membaca:57 Saat

MACHAP JAYA 26 April – Seorang pengunjung tidak menyangka nasib menyebelahinya apabila membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah seekor lembu betina bunting pada Majlis Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Alor Gajah : Kampung Kita Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Musa Jantan, 53, dari Kampung Tebong Station, Selandar berkata, kemenangan itu merupakan pengalaman pertama dan disifatkan sebagai kejutan yang amat menggembirakan.

Menurutnya, dia langsung tidak menjangka akan terpilih sebagai pemenang utama, apatah lagi menerima hadiah seekor lembu.

“Saya tidak percaya, memang terkejut sangat. Ini kali pertama sertai program macam ini dan memang seronok. Terima kasih kepada penganjur,” katanya ketika ditemui selepas majlis cabutan bertuah program berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru, di sini, semalam.

Hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Musa berkata, walaupun pada awalnya dia mengharapkan hadiah seperti motosikal, namun tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima dan kini masih memikirkan cara terbaik untuk menguruskan lembu berkenaan.

“Saya masih fikir nak letak di mana sebab rumah pun kecil. Tapi apa pun memang bersyukur dengan rezeki diberikan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post LEBIH 50 PROGRAM WARNAI WRUR AYER KEROH, 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
Next post DUKA BERGANTI SINAR, PASANGAN WARGA EMAS SEBAK TERIMA RUMAH BAHARU