Peniaga bazar Melgrab pulang bawa rak, barang habis dijual

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Mei- Kira-kira 30 peratus peniaga di bazar Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah telah habis menjual barangan masing-masing.

Penganjurnya, Muhammad Fikri Mohd Ali berkata kebanyakan khemah telah kosong sejak malam tadi namun masih ada pengunjungv’menyerbu’ bazar itu sehingga jam 4 pagi tadi yang mahu membeli-belah pada saat akhir.

Katanya, pihaknya juga telah membuat kira-kira apabila 10,000 kupon yang dicetak untuk pembelian lebih RM30 telah habis diberi malam tadi bagi memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal dan beberapa barangan elektrik.

Ujarnya, cabutan tersebut juga telah dibuat malam tadi dan pemberian hadiah-hadiah tersebut semuanya telah diberikan malam tadi.

“Kurang 72 jam menjelang Hari Raya Aidilfitri kebanyakan barangan yang dibawa masuk oleh peniaga-peniaga telah habis dijual, dan orang terlalu ramai sehingga bazar terpaksa memanjangkan masa operasi sehingga jam 4 pagi tadi.

“Sebanyak 20 buah khemah menjual pakaian seperti baju melayu dan baju kurung telah habis dijual.

“Tambahan lagi dua buah khemah yang menjual songkok, dua khemah menjual kurta, tiga khemah yang menjual sampin serta tiga khemah menjual kuih-kuih raya juga telah habis terjual barangan mereka malam tadi. Alhamdulillah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ANTARA gerai jualan yang habis menjual barangan masing-masing.

Mengulas lanjut Muhammad Fikri berkata kebanyakan peniaga di bazar tersebut telah menerima pulangan modal mereka setelah 28 hari meniaga di situ.

“Terdapat peniaga yang berjaya mengutip sehingga RM200,000 sepanjang 28 hari bazar ini beroperasi.

“Dan ikut pengiraan kupon yang kita habis edarkan semalam sahaja bagi pembelian RM30 keatas, kira-kira RM3 juta lebih yang telah berjaya diraih.

“Pertama kali dianjurkan bazar seumpama ini dan saya boleh katakan kami berjaya mengembalikan kegemilangan bazar Jalan Hang Tuah yang dulu mati kini gilang gemilang,” katanya.

Penganjur Melaka Grand Ramadan Bazaar, Muhammad Fikri Mohd Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

965
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: Aliran trafik di beberapa lebuh raya sesak pagi ini
Next post Kerajaan setuju beri ‘ganjaran’ sempena Hari Pekerja 2022
Ubah saiz-+=